Gaji naik, harga barang turun,rakyat sejahtera. Ianya bukan angan-angan di Switzerland.



Di kala Malaysia mengalami kejatuhan matawang, harga barangan naik, tol naik,  gaji yang mendatar ,sebaliknya berlaku di bahagian lain di dunia ini.

Berdasarkan laporan khas yang dirumus di suratkhabar SonntagsZeitung hari ini menunjukan yang rakyat Switzerland semakin sejahtera dan makmur. Data yang banding dari tahun 2010  dan 2015 menunjukkan yang gaji secara umumnya naik sebanyak 3.7% dan harga barangan keperluan jatuh -1.6%!

Ini bukan bayangan tetapi realiti di dalam masa lima tahun, contoh  senarai barangan yang turun;

Kereta terpakai =-23.6%

Kereta baru = -19.8%

Ubat ubatan=-16.6%

Kosmetik=-13.5%

Tiket kapal terbang=-11.3%

Diesel=-10.4%

Petrol=-5%

Negara ini tidak mempunyai telaga minyak sendiri dan tidak juga menghasilkan kereta sendiri, tetapi harga kereta baru dan terpakai serta minyak boleh jatuh dengan ketara sekali!

Perlu diingat harga minyak di sini tidak diberi subsidi dan harganya berubah mengikut hari dan lokasi.

Secara ratanya  barangan pengguna turun sebanyak -1.6%.

Namun begitu tidak semua barangan dan perkhidmatan semakin murah. Berikut adalah barangan dan perkhidmatan yang semakin naik

Rokok=18.4%

Suratkhabar dan majalah =17%

Pengangkutan awam =16.6%

Insuran Kesihatan=16.6%

Perkhidmatan kesihatan, hiburan, dan juga restoran turut naik harganya tetapi tidak melebihi 10%.

Rokok merupakan sumber pendapatan untuk menampung tabung asas persara di sini. Bagi saya ia merupakan satu idea yang sangat bijak. Mengaut duit daripada golongan yang ingin mati cepat dan disalurkan duit tersebuat kepada mereka yang hidup lama!

Secara keseluruhannya hidup penduduk di sini bukan semakin terbeban tetapi semakin senang. Kuasa beli semakin bertambah, begitu juga kadar simpanan. Untuk pengetahuan pembaca gaji minimum bagi dewasa di sini ialah CHF 20 sejam! Sila darab dengan kadar tukaran ringgit Malaysia terkini. Ini bermakna sekiranya seorang itu tanpa pendidikan dan kemahiran dan berkerja selama 42 jam seminggu maka pendapatannya ialah CHF 3360.

Rakyat Switzerland sedar negaranya tidak mempunyai sebarang hasil bumi . Apa yang mereka ada ialah kerajinan, ketekunan dan juga daya inovasi yang mampu menjana pendapatan tinggi.

Kerajaannya pula sangat efisyen dan telus. Segala bentuk kebocoran dan ketirisan dikurangkan semaksimum mungkin. Rasuah, peyelewengan dan pemimpin-pemimpin yang bodoh ditolak jauh-jauh. Rakyat dengan rasa tanggungjawab memerhati setiap tingkah laku kerajaan dan pemimpinnya.

Dilaburkan duit dan tenaga kepada penyelidikan dan inovasi. Hasilnya mereka mampu mencipta peluang pekerjaan yang bukan sahaja untuk warganegaranya tetapi juga untuk rakyat asing. Lebih daripada 20% penduduk di sini merupakan warganegara asing.

Jika di Malaysia terdapat satu golongan  yang merasakan kaum mereka itu sangat istimewa dan ingin manghalau kaum lain kerana kaum lain itu lebih berjaya (kerana mereka lebih gigih dan rajin), di sini dialu-alukan mereka yang berkemahiran tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama untuk memajukan negara mereka yang kecil ini. Faedah, keuntungan dan kemakmuran dikecap bersama-sama.

http://www.sonntagszeitung.ch/read/sz_04_10_2015/nachrichten/

Photo 04-10-15 18 19 54Photo 04-10-15 18 17 45

Apa komen anda?