Fondue Chinois, hidangan paling popular di hari Natal



Ini adalah hidangan paling popular masyarakat Swiss pada musim perayaan. Fondue Chinois sama seperti stimbot di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Mengapa stimbot pada hari Natal? Ini kerana ianya senang untuk disediakan dan tuan rumah mempunyai masa untuk bersama tetamu. Selain itu Rachlet juga amat popular untuk dihidang pada musim sejuk ini.

H01B5264
Hidangan sampingan, kerepek kentang dan pelbagai jenis sos.

Versi yang penulis selalu hidangkan untuk keluarga angkat di sini adalah versi daging berkualiti tinggu yang dihiris nipis. Penulis biasanya menempah beberapa hari sebelum itu di kedai daging halal Al-Furkan di Bern ini.

H01B5263
Hirisan daging lembu berkualiti tinggi yang digulung.

Di atas meja disediakan  periuk panas yang diisi oleh air dan juga kiub perencah daging. Bersama di atas meja adalah kerepek kentang dan pelbagai jenis sos.  Jemput makan!

H01B5265
Daging di masak dengan merendamkannya di dalam periuk yang diletakkan di atas meja

Apa komen anda?