Expo pertanian tahunan di Bern, Switzerland.



Di zaman kanak-kanak dahulu saya sering ke expo bersama keluarga. Sungguh seronok melihat orang ramai, bahan pameran dan yang penting mencuba permainan yang ditawarkan. Rasa seronok ini masih saya rasai ketika melawat Expo tahunan di Bern ini.

Expo ini sangat umum, namun terdapat sudut yang dikhususkan untuk pertanian dan penternakan. Di sini banyak haiwan ternakan dipamerkan. Lembu merupakan haiwan yang sangat penting di Switzerland, tidak hairanlah di sini diadakan pertandingan ratu cantik lembu yang mendapat gelaran Miss Bea setiap tahun!

Saksikanlah sedutan pengalaman saya di expo yang dirakamkan di dalam video di bawah.  Selamat menonton!

Apa komen anda?