Dua insan Swiss di dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia



Nestle

Iklan lama susu untuk bayi oleh Nestle di Paris.

Saya membesar dengan Nestum dan suka minum air Milo sama ada panas atau sejuk. Selain itu ketika tetamu hadir ke rumah, kami selalu menghidangkan air Nescafe. Kesemua produk di atas adalah dari Nestle. Tahukah anda yang jenama Nestle berasal dari Switzerland?  Henri Nestle, seorang pendatang dari Jerman mula menghasilkan susu formula dengan jenama Nestle di Vevey, Switzerland. Sehingga kini ibupejabat, pusat penyelidikan dan juga sebahagian kilangnya masih terletak di Switzerland.  Syarika Nestle yang berusia 110 tahun ini  merupakan antara syarikat makanan yang terbesar di dunia yang beroperasi di seluruh pelusuk dunia.

Maggi

maggi_old
Produk lama Maggi.

Mi segera Maggi ( di Switzerland ia di sebut Majji) merupakan makanan ruji ketika saya di universiti dahulu. Ianya murah dan senang dimasak. Tidak hairanlah mi segera Maggi menguasai hampir 40% pasaran mi segera di Malaysia.  Julius Maggi, seorang rakyat Switzerland berketurunan Itali  mencipta kiub perencah, sos Maggi dan juga perencah sup pada tahun 1885. Kini jenama Maggi dimiliki oleh Nestle.

Ini adalah dua jenama/insan yang saya rasa hampir semua rakyat Malaysia tahu. Namun begitu terdapat banyak lagi sumbangan rakyat Swiss yang mempengaruhi kehidupan rakyat dunia termasuk rakyat Malaysia. Kenalkan anda siapa insan atau jenama Swiss yang lain?

Apa komen anda?