Cuti sakit dan surat doktor di Switzerland.



Tidak seperti di Malaysia, di sini tiada ditentukan oleh undang-undang bila seorang pekerja perlu mendapatkan surat doktor untuk cuti sakit.  Kebiasaannya ia ditentukan  dalam kontrak kerja.

Apa yang mengejutkan penulis buat pertama sakit dahulu, majikan kebiasannya tidak memerlukan cuti sakit jika perkerja sakit dan tidak mampu untuk kerja kurang daripada 3 hari! Yang bertanggungjawab adalah diri kita untuk jujur mahupun tidak.

Penulis hanya perlu memberitahu majikan melalui telefon, pesanan ringkas ataupun email yang penulis tidak sihat, itu sahaja!  Pergi berkerja semasa  sakit seperti batuk ataupun selsema dikira sebagai tidak bertimbang rasa kepada diri dan juga orang lain.  Ini kerana demam selsema di sini senang merebak dan anda disuruh balik ke rumah untuk mengelakkan daripada menjangkiti orang lain.

Begitu juga di tempat awam, orang di sini memandang anda dengan rasa marah dan cuba menjauhi anda jika anda menaiki pengangkutan awam dengan terbatuk-batuk dan hidung berair. Adalah biadap orang sakit ke tempat awam menyebarkan penyakit dan mereka sepatutnya berehat di rumah!

Begitulah secebis daripada pengalaman berkerja di negara Switzerland ini.

Surat doktor yang berwarna biru.
Surat cuti daripada  doktor yang berwarna biru.

Leave a Reply to Herman Kasro Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.