Cara perantau Nusantara beraya di Switzerland



Bila berjauhan dari tanahair maka hubungan dengan saudara negara jiran menjadi erat. Rakyat nusantara dari Malaysia, Indonesia dan Singapura bersama-sama meraikan Aidilfitri bersama-sama dengan masyarakat tempatan dan juga antarabangsa

Acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Melayu Switzerland ini diadakan sejak berdekad yang lalu. Di waktu itu perantau Nusantara di Switzerland masih boleh dibilang dengan jari. Kini, generasi ketiga di mana nenek atau datuknya orang Nusantara turut sama meraikan hari raya Aidilfitri bersama-sama mereka yang baru berhijrah kerana rezeki mahupun cinta.

Pada tahun ini diselitkan juga acara persandingan olok-olok untuk ditunjukan kepada masyarakat antarabangsa bertapa indahnya budaya Nusantara.
Sama-sama kita menonton video yang dirakamkan pada hari tersebut di bawah ini. Sarikata bahasa Inggeris turus disediakan.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.