Bündner Nusstorte, tart kacang tradisi dari Graubünden.



Sesiapa yang balik dari bercuti di kawasan pergunungan Engadin di kanton  (negeri)Graubünden semestinya membeli tart kacang ini sebagai buah tangan.’Nuss’ membawa maksud kacang dan ‘torte’ pula ialah tart.

Bündner Engadiner Nusstorte
Tart yang dibungkus rapi

Tart ini  ini hanya diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung gandum, gula, mentega, telur dan garam.Untuk isinya pula hanya kacang, gula dan krim susu. Kacang yang diguna untuk membuat tart ini biasaya kacang jenis walnut. Kacang jenis lain turut digunakan tetapi tidak sekerap kacang walnut.

Tart yang sedap ini sangat terkenal di sekitar Switzerland. Ianya dihasilkan oleh kilang roti kecil dan sederhana di sekitar Graubünden. Hasil Nusstorte merupakan sumber pendapatan utama bagi kebanyakan kedai roti di sini. Tart ini tahan sehingga sebulan dan sesuai sekali untuk dijual secara online.

Saya sukakan rasa Nusstorte ini. Ianya manis berkrim dan rangut dengan inti kacang. Sesuai sekali untuk minum bersama teh panas di waktu petang. Ianya sangat padat dan mengenyangkan. Jemput makan!

Apa komen anda?