Beza masa antara Switzerland dan Malaysia ditambah satu jam!



Hari ini saya bangun pagi dan melihat jam analog saya yang ianya pukul  7 pagi tetapi di radio menyatakan bahawa waktu sekarang ialah pukul 6? Jam saya tidak rosak dan juga baterinya masih baru ditukar.  Saya memeriksa jam di dapur dan juga di dinding, sama seperti jam tangan saya. Namun jam di Iphone dan komputer saya sama seperti yang dinyatakan di radio?

Inilah kekeliruan yang dihadapai oleh saya dua kali setahun. Pagi tadi rupa-rupanya jam telah ditukar di Eropah ini. Tepat pada pukul 3 pagi semalam, jam ditukar balik menjadi 2 pagi! Mulai hari ini kami di sini menggunakan waktu musim sejuk. Setiap tahun pada hari Ahad terakhir bulan Oktober waktu ditukar kepada waktu musim sejuk.

Mengapa perlu ditukar waktu? Tidak seperti di Malaysia di mana siang dan malamnya hampir sama panjang setiap tahun, di sini siang dan malam panjangnya mengikut musim. Pada musim panas, siangnya panjang.  Hari terpanjang di hemisfera utara ialah 21 Jun setiap tahun. Di Switzerland, matahari terbit pada pukul 5:35pagi  dan terbenam pada pukul 9.28 malam! Pada musim sejuk pula, hari terpendek ialah 22 Disember. Ketika itu matahari  terbit pada pukul 8:13  pagi  terbenam pada pukul 4:44  petang!

Dengan pertukaran jam antara musim panas dan musim sejuk, manusia kononya dapat menikmati lebih matahari selepas bekerja di musim panas. Ada yang berpendapat bahawa penggunaan elektrik dapat dijimatkan, namun keberkesanannya diragui.

Apa yang penting bagi penulis, mulai hari ini, beza masa antara Switzerland dan Malaysia adalah 7 jam dan bukanny 6 jam seperti semalam.

Change winter time



Apa komen anda?