Berjalan kaki dari kampung Muri ke Bern.



Pada petang hujung minggu yang bercuaca baik yang lepas saya mengambil kesempatan untuk berjalan kaki sejauh 5 km bermula dari kediaman saya menuju ke Tierpark Bern (Tierpark bermaksud taman haiwan atau mini zoo) yang terletak di pinggir sungai Aare.

Apa yang menarik di sekitar Switzerland ini ialah anda boleh menjelajahi ke mana sahaja dengan berjalan kaki. Laluan pejalan kaki di jaga rapi dan dilengkapi dengan penunjuk jalan. Ini kerana berjalan kaki merupakan hobi terpenting buat penduduk di sini.

Perancangan kampung dan bandar yang memelihara rapi kawasan hijau menggalakan penduduknya berekreasi di sekitar penempatan mereka.

Saksikanlah gambar dan sedikit penerangan yang saya paparkan di bawah ini.

IMG_7604
Laluan pejalan kaki di jaga rapi dan dilengkapi dengan penunjuk jalan.

 

IMG_7590
Tidak jauh dari rumah saya terdapat ladang gandum yang sudahpun sedia untuk dituai.  Bukit di belakang adalah Gurten di mana festival musik diadakan setiap tahun.
Laluan pejalan kaki dekat dengan sempadan kampung Muri dan Bandar Bern. Banjaran Alps yang keputihan dapat dilihat dengan jelas dari sini.
Laluan pejalan kaki dekat dengan sempadan kampung Muri dan Bandar Bern. Banjaran Alps yang keputihan dapat dilihat dengan jelas dari sini.
Ladang jagung yang menghijau. Pada musim sejuk ladang ini ditutupi salji dan menjadi tempat kana-kanak bermain lungsur salji.
Ladang jagung yang menghijau. Pada musim sejuk ladang ini ditutupi salji dan menjadi tempat kana-kanak bermain lungsur salji.
IMG_7596
Tasik cetek bersebelahan sungai menjadi tempat singgahan burung-burung yang bermigrasi. Pemilik anjing perlu mengikat tali cawak pada anjing mereka agar ia tidak menganggu burung-burung liar di sini.

 

Lembu-lembu Swiss yang meragut rumput di padang.  Saya belum pernah melihat lembu yang di tambat di sini. Ini kerana padang ragutan lembu dikelilingi oleh dawai elektrik sementara agar lembu dan manusia tidak mencerobohi kawasan masing-masing.
Lembu-lembu Swiss yang meragut rumput di padang.  Saya tidak pernah melihat lembu di tambat di sini. Ini kerana padang ragutan lembu dikelilingi oleh dawai elektrik sementara agar lembu dan manusia tidak mencerobohi kawasan masing-masing.

 

Sebuah villa berusia ratusan tahun di pinggir sungai. Villa ini asalnya milik wanita bangsawan Russia yang kaya sekitar tahun 1800.
Sebuah villa berusia ratusan tahun di pinggir sungai. Villa ini asalnya milik wanita bangsawan Russia yang kaya sekitar tahun 1800.

 

Sungai Aare biasanya sangat jernih, namun hujan di kawasan pergunungan membuatkannya sedikit keruh. Pada musim sejuk suhu sungai lebih tinggi daripada suhu udara.
Sungai Aare biasanya sangat jernih, namun hujan di kawasan pergunungan membuatkannya sedikit keruh. Pada musim sejuk suhu sungai lebih tinggi daripada suhu udara.

 

IMG_7607
Laluan pejalan kaki yang berpuluh kilometer panjangya menyusuri sungai Aare.
IMG_7609
Di seberang sungai terdapat kawasan perkelahan dan perkhemahan. Pada cuti musim panas ini ianya di penuhi oleh pengunjung.

Akhirnya penulis sampai ke destinasi iaitu taman haiwan Dählholzli di Bern. Taman haiwan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian percuma di mana pengunjung boleh bersiar-siar sambil memerhatikan haiwan yang di pelihara di sini . Bahagian berbayar pula di mana terdapat rumah hijau, aquarium dan juga haiwan-haiwan yang eksotik.

Kambing gunung atau dikenali sebagai steinbock merupakan haiwan yang berkeliaran di kawasan pergunungan alps.
Kambing gunung atau dikenali sebagai steinbock merupakan haiwan yang berkeliaran di kawasan pergunungan alps. Tanduknya sangat panjang dan diburu untuk hiasan.
Bergambar bersama penghuni tetap taman haiwan ini, burung undan ataupun pelican.
Bergambar bersama penghuni tetap taman haiwan ini, burung undan ataupun pelican.
Ketika saya sedang sibuk mengusap kepala keldai ini datang dua ekor khinzir kerdil yang mungkin ingin di usapkan sama.
Ketika saya sedang sibuk mengusap kepala keldai ini datang dua ekor khinzir kerdil yang mungkin ingin diusapkan sama.

 

Selalukah anda bersiar-siar di sekitar kawasan kediaman anda? Jika ya apakah benda menarik yang anda lihat. Jika tidak apakah sebab yang menghalang anda daripada melakukan riadah ringan ini?




Apa komen anda?