Basel Läckerli, biskut berempah tradisi ratusan tahun.



Basler Laekerli, adalah sejenis biskut berempah yang mengandungi tepung gandum, madu, kacang hazel, badam dan kepingan kering kulit oren dan campurah rempah ratus. Rempah tersebut terdiri daripada kayu manis, cengkih dan buah pala.  Berbeza dengan kek/biskut berempah yang lain di Eropah ini, Basler Laekerli adalah sedikit liat.

Biskut berempah wujud sejak abad ke 11 lagi. Pada waktu itu perdagangan rempah merebak merata-rata ke benua Eropah. Biarawan dan biarawaiti mampu membeli rempah tersebut dan mencipta biskut berempah.

Basel Laekerli wujud pada abad ke 17 di pekan Basel Switzerland. Sejak dari itu, biskut ini menjadi semakin popular sehingga hari ini. Ianya sesuai dijadikan hidangan minum petang, dan juga buah tangan ketika berziarah.

Apa komen anda?