Bandar lama Bern



Ini adalah bandar lama Bern yang berstatus warisan dunia UNESCO sejak tahun 1983. Bandar ini merupakan bandar yang tinggi taraf kualiti hidup penduduknya. Manakan tidak, bandar lama ini cantik, bersih serta tidak jauh dari alam semulajadi.

Seperti Parameswara, Duke Berchtold V of Zähringen mengasaskan bandar ini pada tahun 1191 dan menamakannya Bern yang bererti beruang, haiwan yang dilihatnya ketika berburu di tempat ini. Pada tahun 1405 kebakarang besar telah berlaku memusnahkan sebahagian besar bandar ini.

Menara di sebelah kiri paling dekat dengan gambar ini adalah tapak istana pertama, malangnya diruntuhkan oleh rakyat disini menentang pemerintah. Lalu dibina gereja pada tahun 1341. Menara gereja yang anda lihat sekarang dibina pada tahun 1480.

Menara yang paling tinggi di dalam ini adalah Katedral yang dibina pada tahun 1421. Menara berloceng setinggi 100 meter ini adalah yang tertinggi di Switzerland.

Bandar lama ini pernah menjadi tempat tinggal Albert Einstein. Kini, rumahnya itu dijadikan museum Albert Einstein. Buat masa ini bandar lama ini masih menjadi tempat kediaman, kedai-kedai, hotel dan ruang pejabat.

Pemandangan bandar lama dari taman bunga ros.
Pemandangan bandar lama dari taman bunga ros.

Apa komen anda?