Arnensee, tasik indah di atas gunung



Saya meluangkan masa sejam lebih mengelilingi tasik buatan manusia ini. Tasik yang serasi dengan alam sekitar ini sebenarnya tasik buatan manusia untuk membekalkan air kepada penduduk sekeliling. Kerana altitudnya yang tinggi ianya hanya dibuka bermula pada bulan Mei sehingga Oktober. Di luar musim tersebut kawasan ini dilitupi salji tebal. Di tepi tasik tersebut terdapat satu restoran yang menyediakan hidangan yang resepinya terdiri daripada bahan-bahan yang terdapat di dalam tasik ataupun di sekeliling kawasan ini.

Saksikanlah video yang saya rakamkan di bawah ini.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.