95 Juta Francs ( RM 400 juta) duit Malaysia yang dirampas dipegang oleh kerajaan Switzerland.



Berikut adalah terjemahan tidak langsung mengenai artikel yang disiarkan di dalam suratkhabar Switzerland hari ini.

Photo 19-06-16 14 48 39

Tajuk: Kerajaan ( Swiss)  tidak mahu duit rasuah diberi balik.

Kebiasaanya  jika pemimpin seseorang pemimpin mencuri duit rakyatnya dan menyimpan duit tersebut di akaun bank Swiss, kerajaan Switzerland mencuba sedaya upaya untuk memberi duit tersebut balik kepada rakyatnya. Malang sekali ianya munkin tidak berlaku di dalam kes rasuah 1MDB di mana duit berjumlah RM 400 juta yang dirampas daripada Bank BSI.

Finma iaitu sebuah badan berkuasa Switzerland yang menyelia industri kewangan Switzerland telah menyalurkan duit tersebut ke dalam tabung kerajaan Switzerland.  Tindakan ini diprotes oleh Yayasan Bruner Manser yang aktif memperjuangkan ketidakadilan di Malaysia terutamanya di Sarawak. Mengikut Yayasan ini, duit tersebut seharusnya diberi balik kepada rakyat Malaysia sebaik- baiknya melalui tabung yang diawasi oleh badan antarabangsa untuk pembangunan masyarakat.

Kata wakil Brunor Manser lagi, adalah tidak boleh diterima sama sekali sekiranya kerajaan Switzerland secara tidak langsung menggunakan duit hasil rasuah dan pelaburan wang haram.

Namun mengikut menteri kewangan Switzerland Ueli Maurer, tiada sesiapa daripada Malaysia yang menuntut balik duit tersebut. Oleh sebab itu duit tersebut disalurkan ke dalam tabung kerajaan Switzerland.

Keputusan menteri kewangan ini juga tidak dipersetujui oleh seorang ahli parlimen yang juga merupakan ahli jawatankuasan politik antarabangsa. Beliau akan membawa usul ini ke parlimen agar duit rakyat Malaysia tersebut tidak digunakan oleh kerajaan Switzerland.

Kata beliau, yang menjadi mangsa isu rasuah ini adalah rakyat Malaysia, bukannya rakyat Switzerland. Satu program khas diperlukan agar duit ini dapat disalurkan kepada rakyat Malaysia dengan adilnya.

1MDB merupakan satu pelaburan kerajaan Malaysia berniat untuk pembangunan Malaysia.  Namun ianya gagal kerana  ahli politik yang korup dan duit disalahgunakan oleh pihak pengurusan. Kerugian dianggarkan berbillion jumlahnya.  Peguam Negara Switzerland mengumumkan pada bulan Ogos 2015 yang Finma menjalankan siasatan kes ini sejak tahun 2013

 

Apa komen anda?