Salji turun lagi.
Bayangkan di pagi hari sejurus anda membuka tingkap dan terpapar salji putih merata-rata!

Ini adalah pengalaman yang menceriakan saya di pagi ini. Suhu pada pagi ini adalah -1 Celcius. Difahamkan semalam terdapat angin dingin dari kutub utara yang merentasi kawasan ini.
Kebiasaanya Mac adalah penghujung musim sejuk dan permulaan musim bunga. Namun kebelakangan ini cuaca tunggang-langgang. Pusat ski di kawasan pergunungan mengalami kerugian pada hujung tahun lepas ekoran kekurangan salji. Namun selepas Januari salji mulai turun. Agak lewat daripada biasa.
Tetapi sayangnya salji sebegini tidak kekal lama. Esok suhu mencecah 5 celcius dan salji yang cantik ini akan cair. Kawasan yang putih selama sehari bertukar menjadi hijau seperti biasa.





Apa komen anda?