Macan, kereta mewah idaman?



Penulis tidak pernah  mempunyai kenderaan sendiri meskipun mempunyai lesen memandu Switzerland yang sah  tanpa memperbaharuinya sehingga penulis berumur 80 tahun.  Basikal dan pengangkutan awam merupakan cara utama penulis ke hulu ke hilir untuk berkerja mahupun untuk tujuan lain.

Pada suatu hari minggu,  semasa berbasikal menerokai kawasan bandar di Bern, penulis berhenti seketika di pusat jualan kenderaan mewah. Kenderaaan terbaru keluaran Porsche baru sahaja di tayangkan untuk tatapan ramai.

Porsche Macan merupakan ‘adik’ kepada Porsche Cayenne. Kedua-duanya merupakan kenderaan pacuan empat roda.  Ghairah juga melihat kemontokan  reka bentuk Macan yang tidak sebesar Cayenne.

Mengikut rakan penulis yang juga pernah memiliki kenderaan Porsche beberapa kali,  Porsche adalah satu jenama bernilai tinggi. Nilai Porsche terpakai  susut lebih perlahan berbanding kenderaan jenama lain. Ini kerana kualiti binaanya yang tinggi.  Malah jika Porsche mencapai satu peringkat, nilainya semakin bertambah.

Tidak hairanlah ramai pemilik jenama ini di Switzerland. Kebanyakan daripada mereka biasanya membeli kereta jenama ini dengan tunai. Memang secara umumnya hampir separuh daripada pembeli kereta di sini membeli kenderaan idaman secara tunai. Sewa beli  kereta di sini biasanya hanya untuk empat atau lima tahun. Berbalik kepada Porsche, harganya tidaklah semahal di Malaysia.  Jika anda tidak sabar, kereta tempahan anda boleh di ambil terus di kilangnya di Stuttgart. Jika di tempah sekarang, anda akan boleh memandunya di hujung tahun ini.

Cukuplah sekadar mengagumi dari dekat.  Jika terlebih rezeki dan panjang umur akan penulis memiliki kereta mewah, namun ia bukannya sekarang dan bukannya di Switzerland.

 

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.