Geluncur ais di depan Parlimen Switzerland
Di hadapan bangunan parlimen Switzerland terletak satu medan lapang yang dikenali sebagai Bundesplatz. Tiada pemisah antara bangunan terpenting di Switzerland ini dengan medan ini melainkan satu jalan kecil. Tiada pintu pagar mahupun pegawai keselamatan. Medan ini menjadi kegemaran rakyat Switzerland untuk berdemonstrasi, berhibur, mahupun bersantai. Pelancong juga gemar mengambil gambar bandar Bern dari tapak ini.
Kepelbagaian guna medan ini ditambah lagi dengan aktiviti geluncur ais pada musim sejuk. Bermula dari 24 Disember tahun lepas sehinggalah 16 February ini, gelanggang luncur ais ini terbuka kepada umum. Masuk adalah percuma dan bagi yang memerlukan kasut geluncur ais, disediakan tempat menyewa kasut tersebut.
Sila ke halaman ini untuk melihat gambar-gambar yang diambil di geluncur ais.
Di bawah ini dipaparkan bagaimana gelanggang luncur ais sementara ini dibina. Perhatikan bertapa dekatnya pintu masuk utama bangunan parlimen dengan tapak pembinaan.
Apa komen anda?