Suratkhabar Kampung


Setiap hari Khamis penulis menerima suratkhabar khusus untuk kampung di mana penulis tinggal.  Akhbar ini menggabungkan berita yang berlaku sekitar dua kampung, iaitu Muri-Gümligen dan Allmendingen.

Di dalamnya terdapat pengumuman kematian,  jadual aktiviti yang akan berlaku, laporan mengenai aktiviti penduduk dan pengumuman penting seperti project pembinaan. Untuk makluman  pembaca setiap projek di setiap kampung perlu mendapat kebenaran penduduk melalui undi.

Sebanyak 7800 cetakan akhbar diedarkan ke setiap rumah secara percuma. Pembiayaan kos ditanggung mengunakan hasil pengiklanan daripada perniagaan-perniagaan tempatan.

Apa yang menarik mengenai keluaran hari ini ialah sessi perbincangan yang terbuka kepada orang ramai mengenai pengalaman salah seorang paderi perempuan yang baru balik dari bercuti sambil belajar memerhati agama Islam di sebuah bandar besar Eropah, Rotterdam. Gambar Masjid ditampalkan di mukasurat akhbar ini.

Ini membuatkan saya tertanya, pernahkan ahli agama Islam seperti imam dan daie di Malaysia diberi peluang membuat cuti sambil belajar memerhatikan agama lain untuk memantapkan lagi urusan dakwah?

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.