Semerah daun mapel.



Hujung minggu kali ini penulis tidak berkesempatan untuk ke gunung atau ke desa. Dicapai kamera kesayangan dan terus keluar rumah berjalan sekitar kawasan kejiranan. Apa yang penulis baru sedar yang banyak juga pokok mapel ditanam di halaman rumah-rumah di sini.

Daun mapel biasanya berwarna hijau. Ianya bertukar warna kepada merah bila tiba musim luruh. Tidak hairanlah kemerahannya daun mapel ini menjadi inspirasi kepada bendera negara Kanada.

Pokok mapel bukan sahaja dijadikan hiasan halaman rumah. Kayunya dijadikan perabut, kertas dan alatan musik. Selain itu pokok mapel menghasilkan cecair manis yang diproses menjadi sirup. Sirap mapel seringkali dijadikan pemanis untuk krep ataupun penkek.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.