Salji turun lagi.



Bayangkan di pagi hari sejurus anda membuka tingkap dan terpapar salji putih merata-rata!

H01B5859
Pemandangan dari tingkap dapur rumah penulis

Ini adalah pengalaman yang menceriakan saya di pagi ini. Suhu pada pagi ini adalah -1 Celcius. Difahamkan semalam terdapat angin dingin dari kutub utara yang merentasi kawasan ini.

Kebiasaanya Mac adalah penghujung musim sejuk dan permulaan musim bunga.  Namun kebelakangan ini cuaca tunggang-langgang. Pusat ski di kawasan pergunungan mengalami kerugian pada hujung tahun lepas ekoran kekurangan salji. Namun selepas Januari salji mulai turun. Agak lewat daripada biasa.

Tetapi sayangnya salji sebegini tidak kekal lama. Esok suhu mencecah 5 celcius dan salji yang cantik ini akan cair. Kawasan yang putih selama sehari bertukar menjadi hijau seperti biasa.

H01B5860
Salji di ranting pokok yang akan menghijau di musim panas nanti
H01B5862
Ranting pokok jenis Mapel. Pada musim luruh, daunya berwarna merah.
H01B5863
Kampung di cerun bukit yang bernama Kehrsatz
H01B5870
Pemandangan bukit Gurten dari rumah penulis.
H01B5871
Corong asap rumah.

H01B5861 H01B5866 H01B5867

 

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.