Video: Roussillon, kampung cantik di atas bukit di Selatan Perancis.



Setelah penat berjalan kaki di denai kembara Oker yang saya paparkan sebebelum ini di tampalan ini , saya meneruskan aktiviti seterusnya mererokai kampung Roussilon yang terletak tidak jauh dari situ. Kampung lama ini sangat cantik dan ianya terletak di atas puncak bukit. Tidak hairanlah ianya menjadi tarikan pelancong sepanjang tahun.

Kampung Roussillon yang tersergam di atas bukit.
Kampung Roussillon yang tersergam di atas bukit.

Amat seronok sekali menerokai jalan-jalan kecil di kampung ini. Kebanyakan bangunan di sini berwarna kemerah-merahan yang dihasilkan daripada Oker yang dilombong di sini. Bagi mereka yang suka membeli-belah terdapat banyak kedai-kedai kecil di dalam kampung ini yang menjual barangan kraftangan dan juga produk tempatan yang lain.

Ingin melihat dengan teliti kawasan kampung ini? Saksikanlah video berbahasa Malaysia yang saya rakamkan di bawah ini. Sarikata bahasa Inggeris turut disediakan. Selamat menonton!

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.