Pandu cuba kereta Porsche Macan Turbo
Susulan aktiviti beberapa bulan lepas yang saya paparkan di sini, di hujung minggu kali ini saya berkesempatan memandu kereta yang menjadi impian ramai peminat kereta di Switzerland ini.
Saya difahamkan yang jika saya ingin memilikinya, penghantaran yang paling awal adalah pada musim panas tahun hadapan!
Macan dalam bahasa Indonesia bermaksud harimau. Kereta ini adalah gabungan kenderaan utiliti sukan dan juga kereta sukan biasa. Hanya 4.6 saat diperlukan untuk kereta ini memecut dari 0 ke 100 kilometer sejam.
Saksikanlah pengalaman saya mencuba kereta ini di perkampungan Switzerland. Latarbelakang gunung dan juga dedaun perang di musim luruh sesungguhnya menambahkan lagi nikmat mencuba kereta ini.
Apa komen anda?