Menyemai budaya membaca.



Mengikut laporan Perpustakaan Negara Malaysia, rakyat Malaysia membaca 14 buku setahun (2014). Satu  peningkatan jika dibandingkang dengan 2 helai setengah setahun pada tahun 2010. Namun adakah ianya mencukupi?

Realiti di zaman moden  ini, hampir semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada internet, buku-buku digital dan sebagainya namun adakah mereka memanfaatkan kemudahan ini?

Mari kita lihat situasi di  negara maju seperti Switzerland di mana budaya membaca disemai sejak muda lagi.  Mengikut statistik di sini, 70 % kanak-kanak Swiss meluangkan masa dengan membaca sekurang-kurangnya sekali seminggu.  37% daripadanya membaca buku (bukan buku pelajaran) setiap hari. Satu perlima daripada jumlah buku yang dibeli adalah buku untuk kanak-kanak dan remaja.

Meskipun menonton TV dan bermain permainan komputer/telefon pintar amat lazim di sini, membaca masih lagi di tempat ketiga bagi aktiviti paling popular antara kanak-kanak. Satu pertiga daripada kanak-kanak sekolah rendah di sini mempunyai telefon bimbit namun mereka tidak meninggalkan budaya membaca buku.

Tabiat membaca yang disemai ketika muda akan menjadi hobi bila dewasa.  Orang dewasa Swiss juga gemar membaca. 60% daripadanya membaca buku beberapa kali seminggu. Nenek angkat penulis yang berumur 90 tahun masih tetap membaca buku di dalam pelbagai bahasa.

Marilah kita sama-sama menyemai budaya membaca. Saya berpendapat, kenyataan-kenyataan ‘sangat bijak’ daripada segenak lapisan masyarakat tidak kira menteri mahupun rakyat biasa di media Malaysia seperti akhbar, kaca tv, dan juga di media sosial mencerminkan bertapa rakyat Malaysia kurang membaca bahan-bahan berfaedah. Ini mengingatkan saya kepada simpulan bahasa ‘umpama tin kosong’.

Gambar dari internet. Seorang budak sedang leka membaca

Sumber

http://www.themalaysianinsider.com/books/article/books-influence-peoples-like-world-says-professor

http://www.nzz.ch/nzzas/nzz-am-sonntag/schweizer-kinder-sind-buecherwuermer-ld.2197

http://www.20min.ch/wissen/news/story/Schweizer-lesen-so-viel-wie-noch-nie-11729706

 

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.