Pelajar dihalau keluar sekolah kerana bertudung, namun akhirnya guru terpaksa meminta maaf.



Selama seminggu Leyla, pelajar sekolah di Thun tidak dibenarkan ke sekolah kerana beliau bertudung. Namun akhirnya beliau kembali ke sekolah dengan bertudung.

Leyla yang berumur 14 tahun.
Leyla yang berumur 14 tahun.

Kisah bermula apabila pada dua minggu yang lepas Leyla ke sekolah dengan bertudung. Guru besar sekolahnya mengusir Leyla balik. Namun tindakan Guru Besar tersebut melanggar garis panduan Pejabat Pendidikan negeri. Untuk pengetahuan pembaca pendidikan di Switzerland di kawal oleh kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat. Mengikut panduan Pejabat Pendidikan negeri, segala bentuk pakaian yang melambangkan agama dan budaya dibenarkan sama sekali untuk pelajar. Tetapi garis panduan tersebut bukan wajib diikuti oleh setiap sekolah.

Kisah Leyla menyebabkan mesyuarat tergembar diadakan di antara sekolah, nazir , PIBG dan juga ketua kampung. Namun akhirnya Leyla dibenarkan ke sekolah dengan bertudung.

Suratkhabar utama di sini terus melaporkan kejadian ini kepada masyarakat umum. Guru Besar yang sebelum ini bertindak mengikut peraturan sekolah akhirnya akur dengan tekanan umum dan membenarkan Leyla kembali ke sekolah dengan syarat bapa Leyla membuat pengakuan bertulis bahawa anaknya bertudung di atas kemahuan sendiri dan bukannya dipaksa.

Guru kelas yang menghalau Leyla keluar meminta maaf dan Leyla memaafkannya. Mengikut Leyla lagi, perubahan penampilannya tidak menjadi tema kepada rakan-rakan sekelasnya.

Pandangan Penulis:

Isu bertudung merupakan masalah terutamanya di pekan-pekan kecil di mana umat Islam tidak ramai dan asing. Isu ini diapi-apikan oleh sebuat parti berhaluan kanan yang meraih sokongan penduduk luar bandar yang rata-ratanya tidak pernah bergaul dengan penduduk berlainan bangsa.

Namun selaku negara demokratik, isu ini dibentang di media termasuk di kaca tv. Penulis pernah melihat satu rancangan perdebatan di mana wanita berhijab berdebat mempejuangkan haknya untuk bertudung.

Di kehidupan seharian di bandar-bandar besar di sini, bertudung merupakan satu perkara biasa. Penulis mempunyai rakan sekerja yang bertudung dan mereka tidak merasa diri disisih.

Sebanyak 5 peratus penduduk Switzerland beragama Islam. Majoritinya datang dari negara-negara Balkan di mana Switzerland menerima mereka sebagai pelarian akibat peperangan di Bosnia dan Kosovo dahulu. Bertudung ke sekolah

 

Sumber: SonntagsZeitung 30 August 2015

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.