Cokelat Arnab dan telur rebus di hujung minggu Easter.


Hujung minggu lepas merupakan hujung minggu yang panjang kerana masyarakat di sini meraikan Easter. Pada asalnya ianya merupakan cuti umum keagamaan namun memandangkan mereka di sini kurang beragama maka ia lebih menjadi acara kebudayaan yang menyeronokkan terutamanya bagi kanak-kanak.

Mereka biasanya menerima hadiah berupa cokelat berbentuk telur dan arnab yang disorokkan oleh ibu bapa mahupun datuk dan nenek mereka. Untuk mendapatkannya mereka perlu mencarinya di dalam rumah mahupun di luar halaman rumah.

Penulis juga bertuah menerima sebakul cokelat dan telur rebus dari nenek angkat. Apa yang menarik ialah telur ini direbus bersama herba dan daun khas untuk mencorak dan mewarnakannya.

Sila klik pada gambar di bawah untuk besarkannya.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.