Carouge, pekan lama di pinggir bandar Geneva



Hanya 20 minit menaiki tram dari bandar Geneva, saya sampai ke sebuah pekan kecil yang bernama Carouge. Meskipun bersempadanan, Carouge sangat berbeza dengan bandar metropolitan Geneva.

IMG_6524

Di pekan ini tiada bangunan moden ataupun bangunan tinggi. Hampir kesemuanya bangunan lama tetapi di pelihara rapi.Tiada kedai-kedai cawangan di sini. Yang ada hanyalah kedai dan butik persendirian. Bayangkan kedai-kedai di sini beroperasi di dalam bangunan yang berusia ratusan tahun.

Seperti kebanyakan pekan-pekan lama di Eropah, pusat pekannya di tutup untuk kenderaan persendirian. Jalanraya yang kecil hanyalah untuk landasan Tram dan juga pejalan kaki.  Ini  menjadikan pekannya begitu tenang tanpa kesesakan lalulintas. Saya perhatikan penduduk di sekitar Geneva banyak menggukanan motosikal berbanding penduduk di Bern.

IMG_6525

Plaza di tengah-tengah pekan ini bertukar menjadi pasar pagi yang cukup meriah. Sayur-sayuran, buah-buahan dan juga bunga-bunga segar dijual terus daripada petani kepada penduduk tempatan.

Dengan keaslian pekan yang wujud sejak abad ke 12,  Carouge diiktiraf dengan menamakannya di dalam senarai warisan Swiss. Sekiranya anda ke Geneva, jangan lupa untuk menjenguk pekan cantik ini.

IMG_6535

 

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.