Bot kembung melayari sungai Aare.



Antara aktiviti yang popular di musim panas di sini ialah melayari sungai Aare menggunakan pelampung ataupun bot kembung. Saya berpeluang mengikuti aktiviti ini dengan menaiki keretapi bersama kelengkapan ke Pekan Thun yang terletak 20 kilometer dari bandar Bern. Rupa-rupanya di atas keretapi terdapat ramai penumpang yang menuju ke destinasi yang sama seperti saya.

Sesampainya di pekan Thun, kami berjalan kaki ke pinggir sungai untuk mengepam bot kami.

Bot yang dibawa perlu dipam sebelum belayar.
Bot yang dibawa perlu dipam sebelum belayar.

 

Perjalanan melayari bot dari Thun ke bandar Bern mengambil masa sekitar 3 jam, sekiranya anda tidak mendarat untuk berehat di mana-mana.  Di atas bot saya tidak perlu mengayuh kerana arus air membawa bot menuju ke destinasi. Tidak ramai yang memakai jaket keselamatan seperti saya kerana majoriti penduduk Switzerland diajar berenang sejak di sekolah rendah lagi.

IMG_3472

 

Sambil bersantai menikmati alam sekitar kami membuka juadah yang dibawa di atas bot. Air di sungai Aare ini sangatlah jernih dah suhunya sekitar 18-21 darjah celcius. Meskipun ianya agak sejuk tetapi ramai penduduk di sini berenang di sungai ini pada musim panas. Suasana sebegini umpama pesta air.

Kolam mandi awam  di pinggir sungai.
Kolam mandi awam di pinggir sungai.

Bagi pelancong yang ingin mencuba kegiatan ini, mereka boleh menyewa bot pelbagai saiz seperti yang diiklankan di halaman ini ini.

Saksikanlah video rakaman selama seminit sewaktu saya berada di sungai ini.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.