Bärengraben, lubang beruang di tengah bandar Bern.


Barengraben atau jika diterjemahkan secara langsung dari Bahasa Jerman kepada Bahasa Malaysia bermaksud Lubang Beruang.

 Umpama cerita Sang Nila utama yang menamakan Singapura sempena haiwan yang dilihatnya sewaktu berburu, begitulah juga kisahnya dengan Bern. Pada tahun 1191, seorang bangsawan terjumpa dengan seekor beruang semasa beliau dan orang kerahannya mencari kayu untuk membina penempatan baru. Sejak daripada itu penempatan itu dinamakan Bern yang bererti beruang. Maka haiwan ini menjadi simbol kemegahan bandar Bern.

Lubang beruang pertama yang direkodkan pada tahun 1513. Ianya beralih ke tempat sekarang pada tahun 1857. Rakyat Bern telah bersetuju untuk membina Taman Beruang pada tahun 1994, di sebelah lubang beruang memandangkan lubang tersebut tidak sesuai untuk binatang sebesar beruang. Ramai penderma menyumbang kepada projek pembinaan ini.

Taman seluas 6000 meter persegi ini sekarang didiami oleh pasangan beruang yang bernama Björk dan Finn berserta anaknya Ursina. Kini Taman Beruang dan Lubang Beruang menjadi salah satu tarikan utama pelancong di bandar lama Bern.

Sumber

http://www.baerenpark-bern.ch/index.php?id=info&L=0

http://en.wikipedia.org/wiki/B%C3%A4rengraben

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.