Si comel berarak lagi! Video Karnival di Bern.
Tahun lepas saya ke Karnival atau dikenali sebagai Fasnacht untuk kanak-kanak di Bern ini.Latar belakang dan sejarahnya ada saya paparkan di video ini.
Kali ini saya ke sana sekali lagi meskipun cuaca kurang baik dan agak sejuk. Namun kanak-kanak dan ibu bapa mereka tetap hadir ke sini dengan pakaian beragam yang berwarna-warni.
Acara dimulakan dengan pancaragam berarak di jalan sekitar bandar lama Bern. Orang ramai bersama-sama berarak bersama pancaragam ini dengan pakaian beragam mereka. Akhirnya persembahan kumpulan musik ini diadakan di atas pentas sementara. Salji turun lebat ketika itu namun ianya tidak melunturkan semangat mereka untuk bergembira.
Saya yang mengambil video ketika itu menggigil kesejukan. Jari-jemari kesakitan kerana suhu ketika itu hanyalah sekita 1 Celcius sahaja. Saksikanlah video yang saya rakamkan di bawah ini. Semoga anda semua terhibur!
Apa komen anda?