Sesayup mata memandang, sejenak di Beatenberg.
Rupa-rupanya ramai yang berfikiran seperti saya hari ini. Cuaca yang cerah dah suhu yang tidak berapa sejuk hari ini membuatkan ramai orang berpusu-pusu ke tanah tinggi untuk menikmati udara segar dan pemandangan cantik musim luruh.
Kebanyakan daun yang berwarna perang kuning atau merah ini sudah mulai luruh. Dijangkakan dalam masa seminggu dua ini, pokok-pokok ini hanya tinggal ranting sahaja.
Hari ini saya meluangkan masa ke Beatenberg. Ianya terletak tidak jauh daripada kawasan pelancongan Interlaken. Saksikanlah gambar-gambar yang saya sempat tangkap hari ini.
Apa komen anda?