Sepinggan santapan atau semeja hidangan?
Budaya kita terkenal dengan sajian yang menyelerakan. Jika tetamu datang semestinya dihidangkan pelbagai jenis makanan. Jika dihidangkan sejenis lauk bersama sepinggan nasi maka itu dikira sangat dhaif mahupun kedekut.
Pada awalnya penulis berbuat sedemikian bila menjemput tetamu makan dirumah. Pelbagai jenis lauk dihidangkan di atas meja. Melambangkan budi bahasa kita selaku tuan rumah. Tetapi…ia bukanlah sesuatu yang dihargai di sini.
Mereka di sini agak kaku dan kekok bila terlihat pelbagai juadah di atas meja. Tidak tahu apa yang perlu di ambil dan pantang sekali mencampurkan pelbagai jenis lauk di dalam satu pinggan.
Bagi mereka, cukuplah dihidangkan satu sepinggan nasi lengkap dengan lauh dan kuah, serta sayur-sayuran. Jamuan mata juga amat penting, mestilah kemas dan tidak berbolot. Bak kata orang dari mata jatuh ke hati.
Mereka juga makan dengan sopan dan perlahan-lahan. Setiap suapan dinikmati tanpa gelojoh. Stelah sesuap dua, mereka biasanya meletakkan garfu dan pisau dan bercakap. Sessi makan malam kebiasaanya mengambil masa 3 jam ataupun lebih. Hidangan dimulakan dengan pembukan selera, biasayan salad atau pun sup, kemudiana hidangan utama, dan akhirnya pencuci mulut. Pinggan mangkuk yang telah digunakan perlukan dikosongkan di antara 3 aturan ini.
Penulis suka menjemput tetamu tempatan untuk makan di rumah, mereka tidak makan banyak, dan penulis tidak perlu memasak banyak resepi. Cuma selepas itu, banyaklah pinggan mangkuk yang perlu dicuci.
Sebagai contoh, di bawah ini hidangan nusantara sebagai hidangan utama yang dihidangkan didalam satu pinggan.
Apa komen anda?