Sekuning ladang sesawi.
Kawasan pertanian di Switzerland kini mulai menguning dengan pohon sesawi yang juga dikenali sebagai Rapeseed ataupun Canola di dalam bahasa Inggeris. Tumbuhan ini merupakan antara sumber minyak masak yang utama di dunia selepas minyak kelapa sawit dan minyak kacang soya. Tidak seperti di Malaysia, minyak kelapa sawit amat jarang digunakan di sini. Minyak sesawi ini selain digunakan untuk memasak ianya juga penting untuk biodiesel.
Sila klik pada gambar di bawah untuk besarkannya.
Apa komen anda?