Sachertorte, puncuci mulut terkenal dari Vienna, Austria.



Jika anda ke Vienna, jangan  lupa singgah ke kedai kopi dan mencuba Sachertorte.

Sebenarnya Sachertorte ini adalah kek span cokelat yang berlapis. Setiap lapisannya di sapukan  dengan jem aprikot. Lapisan luarnya pula disaluti oleh aising cokelat gelap. Resepinya wujud sejak abad ke 19 lagi.

Sachertorte yang boleh didapati di kebanyakan kedai kopi mahupun kedai kek di Eropah ini tidak dapat menandingi Sachertorte Asli yang boleh didapati di kedai kopi Hotel Sacher yang terletak di bandaraya Vienna dan juga Salzburg. Ia juga boleh dipesan di talian di http://shop.sacher.com/ dan perkhidmatan penghantaran antarabangsa turut disediakan.

Gambar yang disertakan di halaman ini adalah Sachertorte yang dibuat di salah satu kedai kek di Bern.

sachertorte bern

sachertorte half

 

 

 

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.