RM 190 juta tidak dituntut. Senarai pemilik akaun bank dorman bank Switzerland didedahkan kepada umum.
Mulai tahun ini setiap akaun simpanan dan juga peti deposit bagi pemilik yang tidak pernah menghubungi bank-bank Switzerland dalam masa 60 tahun akan dedahkan kepada umum. Senarai ini boleh di lihat di halaman https://www.dormantaccounts.ch
Tujuannya agar pewaris dapat menuntut duit atau barang yang disimpan didalam peti deposit di bank-bank Switzerland ini. Akaun yang termasuk di dalam kategori ini adalah simpanan yang melebihi CHF 500 (lebih kurang MYR 2100 tukaran hari ini)
Pewaris mempunyai masa sehingga lima tahun untuk mengambil harta yang diwarisi. Sekira tiada pewaris yang datang menuntut selepas itu, harta tersebut akan menjadi milik kerajaan Switzerland.
Penulis meneliti sedikit senarai yang didedahkan. Pemilik akaun majoritinya rakyat Switzerland namun terdapat juga pemilik akaun Eropah dan antarabangsa. Tidak terjumpa rakyat Malaysia tetapi ada satu akaun milik rakyat Indonesia. Ada pemilik yang lahir pada tahun 1884!
Buat masa sekarang terdapat 2600 akaun termasuk 80 peti deposit yang bernilai CHF 44 juta (MYR 191 juta) disenaraikan di dalam halaman tersebut.
Berita sebegini menjadi peringatan buat penulis agar menguruskan harta menerusi wasiat dan sebagainya agar duit yang sejemput itu tidak menyusahkan orang lain atau terbiar begitu sahaja selepas penulis meninggal dunia kelak.
Sumber: Swissinfo
Apa komen anda?