RM 11000 sebulan tidak cukup untuk seorang, taraf kemiskinan versi Switzerland,



Lain negara lain definisi kemiskinannya. Bagi negara kaya seperti Switzerland kemiskinan didefinisikan ketidakmampuan dari segi kewangan sekiranya terdapat perbelanjaan tidak diduga/kecemasan. Belanja seharian pula cukup untuk keperluan asas dan tidak boleh bermewah.

Dianggarkan terdapat 7.7% peratus isi rumah di sini dikira miskin. Dalam masa yang sama pula 12.7% daripada isi rumah di negara kaya ini mempunyai kekayaan melebihi 1 juta Dollar. Ini bermakna mereka yang senang di sini lebih ramai daripada mereka yang dibelenggu kemiskinan.

Berapakah jumlah duit diperlukan untuk hidup di Switzerland? Ini bergantung kepada lokasi namun secara puratanya sila lihat di bawah. Perhatikan yang perbelanjaan utama bagi setiap individu di sini adalah insuran kesihatan.

 PerseoranganPasanganIbu/bapa tunggal dan dua anakPasangan bersama dua orang anak
Keperluan asasRM 4300RM 6500RM 7900RM 9100
Kos penginapanRM 5000RM 6000RM 6800RM 7700
Insuran kesihatanRm 1800RM 3500RM 2600RM 4400
Purata taraf kemiskinanRM 11 100RM 16 000RM 17 300RM 21 200

Anggaran tukaran wang 1CHF=4.3MYR

Amat sukar untuk satu keluarga jatuh ke paras kemiskinan. Gaji sejam di sini minimum CHF 20 sejam. Namun ianya tidak mustahil. Kebanyakan mereka yang miskin mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah dan mempunyai masalah seperti kesihatan kronik, perceraian dan sebagainya.

Rujukan

porsche
Gambar hiasan, porsche untuk dijual.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.