Pintu gerbang batu semulajadi di Arches National Park



Setelah berehat sebentar di hotel di pekan Moab, saya sekali lagi memandu ke Arches National Park.Taman Negara ini terkenal dengan formasi batu-batuan yang menyerupai pintu gerbang pelbagai saiz. Dianggarkan terdapat 2000 batu gerbang di dalam taman negara ini.

Setelah masuk ke dalam taman negara saya melawat balai pelawat untuk mendapat sedikit maklumat dan juga melihar pameran yang disediakan. Setelah itu saya meneruskan pemanduan. Terdapat banyak batu pasir gergasi pelbagai bentuk dapat dilihat ketika memandu.

Bergambar di hadapan balai pelawat Arches National Park.

Memandangkan batu-batu menarik ini jaraknya agak jauh daripada jalan raya, pelawat perlu berjalan kaki berkilometer jauhnya.  Hentian pertama saya ialah Sand Dune dan Broken Arch.

Sebelum masuk ke dalam celah batu.

Terbayang cerita batu belah batu bertangkup apabila melihat celahan batu yang saya masuk ini. Di dalam celahan batu ini agak kelam tanpa cahaya matahari. Apa yang menarik, lantainya dilitupi oleh pasir pasir halus yang terbentuk daripada hakisan batu gergasi ini. Terasa berat untuk berjalan di atas pasir ini. Saya terjumpa satu gerbang di dalam celah batu gergasi ini.

Celah batu berlantaikan pasir halus.

Pintu gerbang batu yang wujud  di sini  mengambil dibentuk selama 65 juta. Pada zaman purba dahulu, kawasan di sekeliling merupakan dasar laut. Kemudian dasar laut ini timbul menjadi darat. Process hakisan dari air hujan, salji dan airbatu mengukir batu-patu pasir ini menjadi gerbang, mercu dan sebagainya.

Kemudian saya memandu dan berhenti di beberapa pintu gerbang yang lain.

Perhatikan manusia yang berlegar di sekitar gerbang batu ini.

Senja mula tiba dan matahari mula terbenam, saya meninggalkan gerbang gergasi ini. Mungkin ianya tidak lagi sebanyak ini apabila saya datang sekali lagi di masa hadapan.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.