Pil kurus dan produk melangsingkan badan tidak laku di Switzerland.
Switzerland adalah negara yang salah jika anda pengusaha produk menguruskan badan meskipun rakyat negara ini antara yang paling mampu dari segi kewangan.
Ini diakui oleh syarikat farmasi gergasi Roche dan GlaxoSmithKline. Kedua-dua syarikat ini menarik balik pil kurus mereka daripada pasaran Switzerland kerana ianya tidak mendapat sambutan.Makanan kesihatan jenama Weight Watchers dan seangkatannya yang dijual di pasaraya juga tidak mendapat sambutan rakyat di sini. Mengikut berita jam sepuluh di kaca tv, sepuluh tahun yang lepas sebanyak 300 000 paket pil berjaya dijual berbanding sekarang hanya 44 000.
Ini adalah kerana rakyat Switzerland bukannya mudah percaya kepada janji-janji palsu iklan.
Kelemahan rakyat Swiss ialah mereka gemar menikmati makanan manis seperti kek, pastri dan cokelat . Purata seorang Swiss memakan 12 kilo cokelat setahun, tiada negara lain yang makan cokelat sebanyak penduduk di Switzerland. Namun, kerana mereka sentiasa aktif dan bersenam, mereka tetap tidak gemuk dan sihat.
Tabiat dan cara hidup kesihatan rakyat Switzerland memang terbukti berkesan. Mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2012, purata jangka hayat mereka adalah kedua tertinggi selepas Jepun.
Masihkan anda ingin menghabiskan duit anda membeli produk-produk kesihatan yang berlambak di pasaran atau mahukan anda mengikuti cara rakyat kaya di Switzerland ini yang terbukti keberkesanannya?
Keputusan di tangan anda sendiri.
Apa komen anda?