Pencerahan mengenai puasa di suratkhabar utama Switzerland



Suratkhabar 20 minuten ( 20 minit) merupakan suratkhabar percuma setiap hari bekerja di Switzerland. Ianya merupakan suratkhabar yang mempunyai paling ramai pembaca di sini.

Memandangkan 4.9 % penduduk di Switzlerland ini beragama Islam, suratkhabar ini memaparkan artikel mengenai puasa agar mereka yang bukan Islam faham apa itu puasa dan menghormati mereka yang berpuasa.

Sepanjang penulis berpuasa di sini, kebanyakan rakan sekerja menghormati mereka yang berpuasa. Ada juga yang ingin tahu dengan lebih mendalam apa itu Islam.

Beginilah kami selaku Muslim di perantauan, dilayan baik dan dihormati oleh penduduk asal di sini meskipun mereka berlainan budaya dan juga kepercayaan.  Terasa sedikit dukacita apabila penulis melihat segelintir umat Islam di negara yang majoriti penganutnya Islam yang tidak menghormati mereka yang berlainan kepercayaan malah ada juga yang menghina mereka.

Hilang keindahan agama kita jika kita tidak menunjukkan hormat dan kasih sayang sesama manusia.

Sila klik gambar di bawah untuk melihat infografik halaman berita 20 minuten.

20minuten

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.