Parlimen bertukar menjadi raksaksa, pertunjukan percuma tahunan untuk rakyat jelata.
Semalam penulis berkerja sampai lewat petang. Sebaik sahaja selesai berkerja penulis ke singgah ke dataran Parlimen yang terletak di tengah-tengah bandar Bern.
Apa yang menarik mengenai dataran ini ialah ianya terletak di hadapan parlimen Switzerland yang tidak berpagar. Dua kali seminggu pasar tani diadakan di sini. Tempat ini juga menjadi tempat berdemo, atau di musim panas tempat kanak-kanak bermain air pancut. Pada musim sejuk pula didirikan kawasan luncur ais. Setiap hari penulis melalui dataran ini dengan basikal untuk ke tempat kerja. Seringkali terlihat para menteri Switzerland yang keluar masuk bangunan ini.
Berbalik kepada acara semalam, beratus-ratus penonton telahpun menunggu di atas dataran ini. Tepat jam 19:00 malam Bangunan parlimen ini bertukar warna dan rupa. Ianya mula bertukar menjadi rasaksa gunung.
Tema persembahan kali ini bertemakan alam sekitar di mana raksaksa gunung ini menderita akibat manusia yang memusnahkan kawasan gunung dengan menebang pokok. Akibatnya berlaku lah malapetaka yang menimpa bukan sahaja raksaksa ini tetapi juga manusia.
Lalu manusia sedar kesilapan mereka dan mereka mula menanam balik pokok-pokok di sekitar raksaksa gunung yang tenat akibat kemusnahan alam sekitar. Raksaksa tersebut pulih dan alam sekitar kembali indah seperti dahulu.
Persembahan audio visual yang menjadikan bangunan parlimen sebagai kanvas ini adalah percuma setiap hari pada pukul 19:00 dan 20:30 setiap hari dari Oktober sehingga November. Sejak diperkenalkan tiga tahun dahulu ianya mendapat sambutan yang hebat.
Apa komen anda?