Pameran Orkid di Bern, Switzerland.
Orkid adalah merupakan bunga hiasan yang popular di dalam kediaman Switzerland ini. Hampir setiap pasaraya di sini ada menjual orchid perbagai saiz dan warna. Memandangkan cuaca di sini yang agak sejuk, orkid ditanam di dalam rumah sahaja.
Baru-baru ini satu pameran orkid telah di adakan di Bern ini. Ianya dianjurkan oleh persatuan orkid switzerland yang wujud sejak tahun 1957 lagi!.
Di sini dipamerkan pelbagai jenis orkid yang dibiak oleh peminat orkid sekitar Switzerland. Selain itu turut dijemput jenis-jenis orkid daripada Taiwan, Jerman dan Amerika Selatan.
Ruang orkid di sini adalah sebuah rumah kaca yang di panaskan suhu. Kelembapannya juga di sesuaikan agar orkid ini sentiasa segar. Memasukinya seolah-olah mengembara ke negara tropika.
Selain daripada pokok-pokok orkid hidup, turut dipamerkan pelbagai gubahan orkid yang sangat cantik dan memikat hati pengunjung.
Selepas penat melihat pameran, pelawat boleh membeli orkid kegemaran mereka sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.
Apa komen anda?