Maestro Swiss, pengusaha cokelat Malaysia didakwa oleh pengusaha cokelat Switzerland.



Nama Swiss seringkali dikaitkan dengan perkara positif seperti kekayaan, kualiti, dan lain-lain. Menyedari reputasi ini ramai pengusaha yang tiada kaitannya dengan Switzerland menggunakan nama Swiss untuk mengelirukan pengguna seperti Swiss Cash, Swiss Bear Cilli sauce dan yang saya ingin tulis sekarang ialah Maestro Swiss.

Maestro Swiss adalah syarikat Malaysia yang menghasilkan cokelat antaranya  jenama Vochelle. Seperti kita tahu Swiss cokelat merupakan cokelat yang dikenali ramai. Menggunakan nama Swiss boleh mengelirukan pengguna.

Menyedari hal ini, persatuan industri cokelat Switzerland telah mendakwa Maestro Swiss ke Mahkamah Tinggi Malaysia. Setelah sepuluh tahun berjuang akhirnya Mahkamah Malaysia mengarahkan agar nama Swiss dibuang daripada bungkusan cokelat buatan Malaysia ini.

Berita ini dipaparkan di akhbar mingguan Swiss hari ini. Syarikat ini memalukan Malaysia.  Jika kita sering mengatakan yang produk negara China suka meniru dan  tiada inovasi, negara kita juga sekarang dikenali di Switzerland yang mengelirukan pelanggan menggunakan nama Swiss. Yang memalukan lagi pengusaha cokelat ini mengeksport produk mereka ke pasaran antarabangbangsa menggunakan nama Swiss.

Kenalkah anda jenama Swiss yang lain,  wujud di Malaysia tetapi tiada kena mengena dengan Switzerland?

Photo 24-04-16 10 43 56

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.