Laporan MH17 dari suratkhabar utama Switzerland.



Tajuk akhbar hari ini dan juga gambar ketua pihak pemisah bersama pengawal peribadinya.
Tajuk akhbar hari ini dan juga gambar ketua pihak pemisah bersama pengawal peribadinya.

Muka depan suratkhabar utama berbahasa Jerman Switzerland hari bertajuk ‘ puak pemisah  merampas barang-barang di tempat kapal terbang terhempas’

Dan dipaparkan juga gambar Alexsander Borodai yang mengistiharkan dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri Kawasan Donesk, di mana kawasan itu dikuasai oleh puak pemisah di dalam negara Ukraine yang pro Russia.

Mengikut kata Demjen Doroshenko, seorang jurugambar yang merupakan antara orang terawal di tempat kejadian “Saya tengok di mana- mana beg tangan /beg duit bergelimpangan, semuanya kosong.

Banyak sumber media mengatakan bahawa beberapa kad kredit milik mangsa MH 17 cuba digunakan untuk mengeluarkan duit di Russia.

Organisasi Bank Belanda meyatakan semalam bahawa langkah telah di ambil untuk mencegah aktiviti jenayah kewangan menggunakan kad kredit mangsa.  Sebahagian besar mangsa MH 17 adalah rakyat Belanda.

Gambar mayat yang ditemui di sawah gandum, Tajuk artikel ' sekarang semuanya terserah kepada Putin'
Gambar mayat yang ditemui di sawah gandum, Tajuk artikel ‘ sekarang semuanya terserah kepada Putin’

Mengikut kata ‘Perdana Menteri’ ini, orang-orangnya ‘tidak menyentuh’ sebarang benda di tempat kejadian. Namun terdapat mayat-mayat yang masih terbakar dan mereka rasa ianya perlu diselamatkan walaupun berasa sangsi untuk berbuat demikian.

Beliau juga ingin meminta pertolongan dan kepakaran Russia. Mengenai kotak hitam, beliau tidak mengetahui sama ada kotak hitam telah ditemui ataupun tidak.

_____________________________________________________________

 Mengikut duta Organisasi Sekuriti dan Kerjasama Eropah (OSCE), Thomas Greminger yang berasal dari Switzerland, pemerhati antarabangsa tidak mendapat aksess yang mencukupi ke tempat kejadian

Kakitangan OSCE termasuk dari Switzerland memerhatikan tempat kejadian sambil di awasi oleh pihak pemisah yang bersenjata
Kakitangan OSCE termasuk dari Switzerland memerhatikan tempat kejadian sambil di awasi oleh pihak pemisah yang bersenjata

Pada hari Jumaat hari kejadian, kakitangan OSCE hanya diberi peluang 75 minits untuk melawat 200 meter persegi tempat kejadian.  Namun serphihan kapal terbang bersepahan sejauh beberapa kilometer persegi.  Mereke diawasi oleh pihak pemisah yang bersejata. Kakitangan terpaksa balik ke pengkalan mereka pada waktu malam.

 OSCE mahu meneruskan perbincangan dengan pihak pemisah untuk mendapat aksess ke tempat kejadian dan berkerjasama dengan mereka.

Meskipun genjatan senjata masih berlangsung, perperangan masih berlaku tidak jauh daripada tempat kejadian. Menurut laporan kerajaan Ukraine, beberapa serangan oleh pihak pemisah masih berlaku. Di pekan Lugansk 20 rakyat biasa mati ditembak artileri dan beberapa dozen lagi cedera.

__________________________________________________________________

Catatan penulis.

Kapal terbang MH17 menjadi mangsa akibat peperangan antara pihak pemisah yang pro Russia dan negara Ukraine. Malangnya kapal terbang ini jatuh di kawasan peperangan yang dikuasai oleh pihak pemisah. Ini menyukarkan pihak antarabangsa untuk menjalankan kerja siasatan mereka.

Kita doakan agar pasukan dari Malaysia diberi kemudahan untuk menjalankan tugas mereka dengan selamat di kawasan peperangan ini.

Salam takziah buat mereka keluarga, sanak saudara dan sahabat handai  kepada penumpang dan kakitanganMH17 . Semoga Allah mencucuri roh mereka dan ditempatkan di tempat yang sebaik-baiknya.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.