Lapangan Terbang berlatarbelakangkan banjaran Alps.



Hampir setiap hujung minggu penulis akan berjalan kaki menikmati alam semulajadi di pinggir sungai Aare, merentasi jambatan kayu dan seterusnya menikmati teh panas di airport Belp-Bern.

Lapangan terbang ini adalah lapangan terbang antarabangsa terkecil yang pernah penulis lawati. Hanya terdapat satu kedai kopi, satu ruang daftar masuk dan satu ruang menunggu kapal terbang. Penumpang hanya perlu datang kurang dari setengah jam sebelum kapal terbang berlepas.

Apa yang menarik di sini adalah pemandangan banjarang alps yang jelas kelihatan dari lapangan terbang ini. Selain itu sebelum mendarat, penumpang boleh menikmati pemandangan bandar lama bern dari angkasa.

Pada musim peranginan, terdapat banyak jet persendirian yang mendarat di sini, membawa jutawan untuk menimati musim sejuk di banjaran Alps.

Lapangan terbang ini juga adalah stesen bagi helikopter dan jet Ambulan REGA, satu organisasi penyelamat yang mengangkut pesakit dan mangsa kemalangan di kawasan pergunungan mahupun penduduk Swiss dari luar negara.

Kadangkala penulis berpeluang melihat jet kerajaan yang membawa menteri Switzerland berlepas dan mendarat dari lapangan terbang ini.

Sila klik pada gambar di bawah untuk besarkannya.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.