Kursus untuk mereka yang bakal bercerai.
Penulis pernah belajar bahasa Jerman di Migrosklubschule yang merupakan sebuah kooperasi gergasi di Switzerland yang memiliki sebahagian besar pasaraya, kedai dan juga sekolah untuk orang dewasa. Di Migroklubschule ini ditawarkan pelbagai kursus seperti bahasa, kemahiran seperti memasak, dan juga kursus lain-lain untuk orang dewasa yang dahagakan ilmu dan kemahiran.
Kursus terbaru yang diperkenalkan pada tahun ini ialah kursus persediaan untuk bercerai! Terbalik pula jika dibandingkan dengan kursus perkahwinan yang diwajibkan di Malaysia. Separuh daripada perkahwinan di Switzerland ini berakhir dengan perceraian. Mengikut statistik kebanyakannya berlaku pada tahun ke 7.
Menyedari bertapa rumitnya process perceraian di sini, Migrosklubshule menawarkan kursus persediaan untuk mereka yang ingin bercerai. Antara isu yang dibincangkan ialah hak penjagaan anak, kos sara hidup untuk pasangan yang tidak bekerja dan juga anak-anak.Penulis baru tahu yang sekiranya perceraian dituntut oleh satu pihak, pasangan perlu hidup berasingan selama dua tahun sebelum perceraian boleh istiharkan.
Penulis juga difahamkan yang kebanyakan lelaki yang bercerai di sini serik untuk berkahwin lagi. Mereka perlu membahagikan harta sepencarian kepada bekas pasangan mereka yang ditentukan oleh mahkamah. Selain itu mereka juga diwajibkan untuk menanggung anak mereka sehinggalah anak itu berumur 26 tahun (maksimum) atau lebih awal sekiranya anak itu mendapat pekerjaan. Kebiasaanya gaji mereka ditolak automatik setiap bulan. Sekiranya mereka jatuh cinta dengan insan yang lain mereka biasanya hanya tinggal bersama tanpa perkahwinan yang merupakan perkara biasa di sini.
Apa komen anda?