Kucing bertuah di negara Switzerland.



Seronok sekali dapat bermain dengan kucing di dalam gambar ini. Kucing yang bernama Gianna ini sangat manja dan suka bermain dengan penulis meskipun ini kali pertama  saya bertemu dengannya. Gianna ataupun  nama singkatannya GG berasal daripada baka Neva Masquarade yang mempunyai bulu yang tebal. Pemiliknya terpaksa memotong sebahagian daripada bulunya untuk memastikan Gianna tidak menderita di musim panas ini.

IMG_2808

Kucing merupakan haiwan peliharaan kegemaran rakyat Swizerland melebihi anjing. Dianggarkan terdapat 1.35 juta kucing di  negara yang mempunyai 8 juta penduduk ini. Untuk memastikan haiwan kesayangan mereka mendapat jagaan terbaik, rakyat Switzerland menghabiskan hampir 300 juta CHF ( MYR 1.2 billion) setahun.

Makan, minum dan kediaman disesuaikan untuk kucing mereka sebaik mungkin. Sesetengah kucing dilekatkan cip elektronik di bawah kulitnya agar senang dikesan apabila hilang. Sekiranya kucing mereka tidak sihat,  di sini terdapat doktor haiwan terbaik untuk merawat haiwan comel ini. Rawatan alternatif seperti akupuntur dan homeopathy khas untuk kucing turut disediakan. Sekiranya kucing mereka mengalami gangguan psikologi, mereka menghantar kucing mereka kepada pakar psikologi kucing. Tidak hairanlah insuran kesihatan untuk kucing berharga dari 30 CHF sehinga ke  400 CHF setahun (MYR 100 – MYR 1200).

Di musim panas ini ramai rakyat Switzerland bercuti, maka hotel kucing dan juga penjaga kucing peribadi sibuk menemani kucing-kucing ini sehinggalah pemilik mereka pulang daripada percutian. Kos penginapan atau penjagaan kucing ini berharga antara MYR 80 dan MYR 120 sehari.

Bertuah sungguh kucing-kucing yang tinggal di negara ini.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.