Istana Schadau, istana Gothik di tepi tasik Thun.


Pekan Thun merupakan salah satu lokasi cantik di Kanton Bern ini dan sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing. Ianya terletak di pertemuan tasik Thun dan sungai Aare.  Jika anda ke sana jangan lupa singgah ke Istana Schadau (Schloss Schadau di dalam bahasa German).

Istana yang bersenibina Gothik ini dibina di antara tahun 1846 dan 1864 dan asalnya didiami oleh keluarga hartawan. Pada tahun 1925 Istana ini berserta taman di sekelilinginya menjadi hak milik pekan Thun.

Kini di Istana ini terdapat satu restoran dan di tingkat atasnya dijadikan museum Gastronomi dan tamannya dibuka untuk orang ramai bersantai.
Sila klik pada gambar di bawah untuk besarkannya.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.