Indahnya pulau dan pantai di laut Andaman. Seketika di Krabi.
Ini adalah pertama kali saya ke Krabi. Bagi saya ianya agak unik berbanding dengan dengan tempat pelancongan yang lain di Thailand ini kerana majoriti penduduk di sini beragama Islam.
Di sini saya memilih untuk menginap di dua hotel yang berlainan. Hotel pertama adalah Amarin Vogue yang terletak di pantai Tubkaak. Dari sini kelihatan pulau-pulau kecil batu kapur yang dikenali sebagai Koh Hong. Hotel kedua pula mungkin saya akan siarkan di dalam video yang berlainan nanti.
Saksikanlah dua rakaman yang saya rakamkan di bawah. Video pertama mengenai lawatan ke Pulau Hong dan yang kedua pula mengenai hotel Amarin Vogue. Selamat menonton!
Apa komen anda?