Ibu melarang anak berbuka puasa meskipun panas, guru hubungi Imam.
Terkejut saya bila membaca keratan akhbar 20 minuten semalam.
Seorang guru di Lausanne, Switzerland membawa anak-anak muridnya keluar membuat lawatan. Kerana cuaca panas yang teruk seorang anak murid perempuannya mengalami penyahhidratan yang teruk. Cikgu tersebut cuba memberi air namun murid tersebut menyatakan yang dia tengah berpuasa.
Maka cikgu tersebut menelefon ibunya untuk mendapatkan kebenaran agar anaknya berbuka puasa. Ibu tersebut tidak membenarkanya. Cikgu yang bertanggungjawab ini terus menelefon seorang Imam dan beliau membenarkannya.
Seorang pemimpin Organisasi Islam di sini mengkritik keras tindakan si ibu tersebut dan mengatakan yang ibu tersebut jahil agama. Apatah lagi puasa hanya wajib selepas akil-baligh dan bukan sebelum itu.
Mengikut kata seorang doktor yang bertanggungjawab mengenai kesihatan di sekolah negeri menyatakan bahawa bila cuaca musim panas melampau sebegini tiada masalah untuk orang dewasa menyesuaikan diri tetapi bagi kanak-kanak adalah sebaliknya.
Komen penterjemah.
Switzerland mempunyai ramai penganut Islam dan masyarakat di sini cuba menghormati ajaran Islam sebaik mungkin. Tindakan guru ini patut dipuji kerana mementingkan kesihatan anak muridnya dan sanggup menelefon Imam mengenai puasa meskipun bercanggah dengan perintah ibu murid tersebut. Islam melarang sekali umatnya mencampakkan diri ke arah kemudaratan. Malangnya tindakan ibu tersebut telah mencemarkan nama Islam di bumi Barat ini.
Sumber : 20minuten.ch
Apa komen anda?