Dead Horse Point, Moab. Sungai berbelok dengan tebing tinggi.



Kali ni pemanduan saya tidaklah jauh. Dari pekan kecil Bluff saya menuju ke Moab yang terletak 160 kilometer ke utara. Ianya masih lagi di negeri Utah, Amerika Syarikat.

Sesampainya di hotel saya gagal untuk daftar masuk. Ini kerana tiada bilik kosong untuk tetamu yang datang awal.Setelah berbual dengan penyambut tetamu hotel, beliau mencadangkang beberapa tempat yang boleh kami lawati sehingga bilik sedia untuk dimasuki.

Saya memandu lagi setengah jam ke taman negeri (State Park) Dead Horse Point yang jika diterjemahkan membawa maksud tempat kuda mati. Saya difahamkan bahawa pada zaman dahulu, di sinilah di mana koboi memerangkap kuda liar.

Penulis berjalan-jalan di sekitar dead horse point. Ketinggian tebing melebihi 600 meter.

Bayaran 10 Dollar untuk setiap kenderaan persendirian dikenakan untuk masuk ke sini. Sesampainya di sana tempat letak kereta telahpun dipenuhi oeh pengunjung. Tempat yang saya lawati sebenarya adalah satu tebing tinggi menghadap sungai Colorado (sungai yang sama merentasi Grand Canyon). Dari tebing ini ke sungai dalamnya 600 meter.

Kawasan meletak kereta di Dead Horse Point.

Apa yang menarik ialah bentuk sungai Colorado seakan-akan huruf U. Pemandangan tebing di sekitarnya yang dihakis sejak berjuta-juta tahun cukup menakjubkan.

Dari jauh kelihatan seperti tasik kebiru-biruan. Ianya merupakan lombong potassium chloride yang menggunakan teknologi solar. Air di pam ke bawah tanah dan melarutkan garam yang terbentuk ratusan juta tahun dahulu ketika kawasan ini diliputi oleh laut. Warna kebiru-biruan itu disebabkan oleh perwarna yang mempercepatkan process penyejatan.

Tasik biru buatan manusia untuk melombong garam bawah tanah.

Setelah selesai melawat dan menikmati tempat ini saya pulang ke hotel untuk daftar masuk.

Pemandangan dari bilik hotel di Moab.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.