Bukti kemusnahan hutan di hulu Kelantan dapat dilihat dari satelit.
Industri pembalakan adalah industri yang menguntungkan. Namun, keuntungannya biasanya tidak diterima terus kepada rakyat. Hanya segolongan kecil yang memperolehi keuntungan besar dibayar dengan kemusnahan kekal alam sekitar. Pembalakan haram adalah sangat merbahaya buat generasi akan datang.
Dengan sistem informasi dan teknologi terkini, kita sebagai rakyat umum mampu melihat bertapa seriusnya isu ini. Selaku rakyat Kelantan yang prihatin, penulis amat terkejut melihat kemusnahan hutan di hulu Kelantan (berwarna merah). Saudara boleh melihat sumber satelit di halaman http://earthenginepartners.appspot.com/science-2013-global-forest
Hanya sebahagian kecil sahaja hutan yang musnah ini ditanam semula (berwarna biru) . Ini membuatkan penulis bertanya? Adakah pembalakan di Kelantan terkawal? Gambar ini menunjukkan dengan jelasnya pembalakan yang berleluasa. Siapakah yang bertanggungjawab meluluskan pembalakan ini? Apakah kriteria atau pun had ditetapkan untuk pembalakan?
Mereka yang bertanggungjawab meluluskan kemusnahan alam ini perlulah bertanggungjawab. Selaku khalifah Allah dimuka bumi ini kita bukan sahaja perlu menjaga hubungan kita dengan Pencipta dengan beribadat, menjaga hubungan sesama manusia, malah alam sekitar juga diamanahkan untuk kita memeliharanya.
Apa komen anda?