Bryce Canyon, ngarai terakhir dilawati sebelum pulang ke bandar.



Dari tempat penginapan saya di Springdale yang tidak jauh daripada Zion National Park,  park saya memandu selama 1jam 20 minit untuk ke taman negara yang terakhir buat pengembaraan kali ini. Destinasi yang dimaksudkan dikenali sebagai Byce Canyon.

Bryce Canyon tidaklah sebesar atau sehebat Grand Canyon namun ianya mempunyai tarikannya yang tersendiri.Di sini terdapat batu-batuan berceracak yang dikenali sebagai ‘Hoodoos’. Batuan berceracak sebegini didapati di mana-mana benua namun di sinilah di mana jumlah terbanyak boleh didapati.

Saya berhenti di beberapa tempat perhentian untuk menikmati pemandangan indah di sini. Anda boleh berjalan kaki di pinggir tebing ini. Awas, ini bukan untuk mereka yang takutkan ketinggian.

Antara perhentian yang menarik perhatian saya bernama ‘Natural Brigde’ yang membawa maksud  jambatan asli. Rupa-rupanya jambatan yang dimaksudkan adalah sebuah gerbang asli yang terhasil akibat hakisan air dan angin. Bentuknya seakan akan gerbang yang didapati di Arches National Park.

Saya bernasib baik kerana cuaca pada hari itu baik sekali. Sukar untuk membayangkan yang kawasan ini bertukar menjadi sejuk di bawah paras beku hampir setiap malam. Namun setelah mengetahui yang kawasan ini sebenarnya 2600 meter di atas paras laut barulah saya faham mengapa perbezaan suhu di sini sangat ketara.

Tamatlah sudah penjelahan taman negara di Amerika Syarikat kali ini. Saya akan memandu ke sebuah bandar besar untuk berehat dan menikmati dunia bandar setelah seminggu lebih memandu di kawasan pedalaman. Anda ingin tahu bandar mana? Nantikan artikel yang seterusnya.

 

 

 

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.